PUTUS cinta adalah bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin dihalang oleh orang tua?Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia,akujanji,lafaz sehidup smeati yang dimeterai sewaktu sedang "syok" bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza(seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!)
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah..kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah adalah baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namn yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.
Sebagai hamba Allah, renungilah firman Allah ini:
"Ada sesuatu perkara yang kamu cinta tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengeahui."
Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menepuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat.