Saturday, 20 October 2012

YaAllah.. Please give me strength..

Hari demi hari dah berlalu.. Cepat sangat.. Minggu depan dah nk raya haji.. Bukak je cuti midsem ad Common test... Tp skrang blaja mcm xtaw ape2.. Mcm mne nk jawab exam kn klau xtaw aper2... YaAllah, bagi la kekuatan utk ak belajar dngn hati yg tenang.. Tanpa rase stress... Skrang nk focus pon susah...Asyik ad problem jer.. Susah klau nak jage hati orang tapi org xpenah  nk jage hati kita... Mmg sedih sngat.... S.T.R.E.S.S melanda diri ni.. Hopefully after raya hati ni tenang je.. Bahagia, gembira.. So that, I can focus toward my goal... :-)











My mood rite now:
 I really2 miss u...
 I need someone to talk..
 I need someone like u...
 I really2 need u...







Thursday, 19 July 2012

Yeah!! I still can use the "combination of that name" because....

Tak siapa sangka jodoh dengan nama itu masih panjang!! Orang nya berbeza tapi nama nye sama.. 18/7/2012, saya akan ingat tarikh ini smpai bila-bila.. InsyaAllah awak..sy akan tunggu awk sampai rumah sy..hehehe... semoga good future yg dicari akan awk capai.. InsyaAllah... Ana uhibbuka fillah.. <3 <3

Tuesday, 5 June 2012

Sentuhan Qalbu

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukan bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan"


Semoga saat kalian membaca coretan ini kalian berada dalam limpahan kasih sayang Allah & berada didalam RedhaNya..InsyaAllah... 

Sungguh bahagia jika Allah memberi NUR & HIDAYAH kepada kita kan? Alangkah bahagianya hidup ini.. Alangkah indah nya hidup di dunia yang sementara ini.. Saat ini kita perlu mencari cara hidup yang sebenar.. Islam bukan hanya diatas kertas tapi Islam yang sebenar-benarnya.. Kita yang dilahirkan dalam kehidupan Islam sangat beruntung tapi adakah keIslaman kita keIslaman yang sebenarnya?? Sejak kita kecil ayah & ibu sering melaungkan " kakak! Solat.. Kalau tak solat ayah rotan!.." Jadi kita pon solat, sebabya ayah yang suruh..  sebabnya nanti kna rotan.. Sepatutnya ayah harus mengajar anak dari kecil lagi.. solat bukan sbb ayah, tapi sbb Allah.. Ayah harus bgtau kita beruntung sbb Allah dah lahirkan kita dalam keluarga yang Islam.. Ayah harus sedarkan anak-anak bahawa kita perlukan Islam bukan Islam perlukan kita...

Kita menghormati orang tua kerana dia lebih banyak amal dari kita sebab dia dah hidup lebih lama dari kita.. Kita hormat para ulama' sebabnya die lebih berilmu dari kita.. Dia lebih alim dari kita... Kita hormat orang gila sebabnya orang gila ni segala perbuatannya tidak dikira oleh Allah..kerana dia sudah tidak waras lagi.. Kita hormati orang kafir sebabnya sekali dia melafazkan " Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah , dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..".. Gugur dosa-dosanya saat ini.. Orang kafir yang tadinya tidak berbau syurga tetapi sekarang dia seperti seorang anak yang baru lahir.. Bahagia bukan? 

Kita sebagai hamba Allah yang biasa ini memohon ampun siang & malam belum tentu diterima Allah.. Kita yang sering solat belum tentu Allah terima.. Saat ini kita perlu menginsafi diri kita... Adakah segala perbuatan kita mengikut apa yang disuruh oleh Allah & adakah kita sudah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah? Saat ini juga kita harus mengakui bahawa Allah yang memiliki diri kita ini.. Bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambil kita, boleh menarik balik segala kemewahan & keistimewaan yang diberi saat ini..Marilah sama-sama kita memohon ampun & bertaubat.. Bertaubat lah dengan taubat nasuha..

“Jika kamu ingin memperbaharui hubunganmu dengan Allah, maka perbaharuilah taubatmu”

Iman fitrahnya menaik dan menurun , bertambah dan berkurang, kuat dan lemah. Tetapi jika ia menurun,berkurang dan lemah maka jagalah diri dan hati agar tidak melakukan oerkara-perkara yang haram. Jauhilah diri dan hati dari perkara-perkara yang Dia haramkan. Itulah kadar iman yang paling lemah. Tidak dapat tidak kita harus kuatkan nya kembali. Merawatnya dengan segera. Iman adalah sumber utama dalam hidup kita. Tanpa ia, tiada kegembiraan, tiada kelapangan, tiada kesenangan, tiada ketenangan, tiada kekuatan dan tiada kemudahan yang kita rasai dalam hidup..

Kita adalah manusia bukan malaikat. Iman kita juga menaik dan menurun, bertambah dan berkurang. Janganlah kita putus asa dari rahmat dan keampunanNya. Andai jatuh, bangunlah kembali. Jatuh lagi, bangunlah lagi. Jatuh lagi, bangunlah lagi. Jangan pernah berhenti. Sebanyak mana kita jatuh, sebanyak itulah kita bangkit kembali. Kata abang Hilal Asyraf, “Allah tidak lihat berapa kali kamu jatuh, tetapi Dia nak lihat berapa kali kamu bangkit” 


“Daripada Anas r.a katanya: “Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah subhanahu wata’ala telah berfirman: “Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepadaKu, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku mengampuni dosamu. Wahai anak Adam! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemuiKu di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan Aku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula” 


Subhanallah, sesungguhnya keampunan dan rahmat Allah lebih besar dan luas dari kemurkaanNya. Mengapa kita masih ingin berputus asa dari rahmat dan keampunanNya. Andai dihitung semua amalan kebaikan kita, nescaya tidak mampu untuk kita menempah syurgaNya di akhirat kelak. Mengapa? Amalan-amalan yang kita lakukan (amalan soleh), semuanya dilakukan dengan menggunakan nikmat yang diberiNya. Tidak ada satu pun milik kita.

Allah mengajak kita untuk kembali kepadaNya. Disediakan seluas-luasnya keampunan dan rahmatNya untuk kita. Menyediakan sebesar-besar ganjaran buat kita. Tidak mahukah lagi kita pada apa yang Dia tawarkan itu??? Dia tidak sama dengan makhluk-makhlukNya. Dia berbeza amat dengan ciptaanNya. Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Rebutlah keampunanNya selagi masih diberi peluang. Selagi nyawa dipanjangkan.

Ayuh kita perbaharui hubungan kita dengan Allah. Mulakan dengan taubat. Dengan taubat yang sebenar-benarnya. Selagi masih ada kehidupan, selagi itu kita mesti terus berusaha. Kehidupan adalah peluang untuk kita berusaha. Peluang yang diberikan untuk menjernihkan kembali hubungan denganNya, menambah bekalan dalam perjalanan menujuNya

Monday, 28 May 2012

I LOVE U MA.. I LOVE U ABAH...

Assalamualaikum..

Hari ni saya rase amat gelisah.. xtenang.. rase nak menangis.. Both of my parents pegi Hat Yai..  Risau rasenya sebab semalam my mom nanges je.. ntah knapa die tbe2 je rase sedih la...mcm-mcm...cakap pon merapu jer.. takut pegi xbalik-balik la... nak mintak maaf la... Berat nak lepaskan die pegi tapi nak buat camne kan.. Saya hanya mampu berdoa semoga perjalanan diorang baik-baik jer.. Saya sayangkan kalian berdua walaupun I never said " I LOVE YOU MA.. I LOVE YOU ABAH " (hehehe.. penah jgk but kat my mom.. tapi bukan dalam bahasa omputeh la..hehehe)

YAALLAH..

 Selamatkan perjalann mereka.. 
Aku masih memerlukan mereka dalam hidup ku..
Aku masih menyayangi mereka..
Aku ingin membalas segala jasa mereka..
Aku sayangkan mereka....
-
-
-
-
-
-
-
-
LOT OF LOVE!!!



Friday, 25 May 2012

Mencuba!!

Hanya untuk mencuba ini yer... Tulisan Warna warni.. hehehehe... saya sangat sayangkan IBU saya.. Sayang die selama-lamanya.. Try gerak-gerak.. hahaha.. Saya sayang FAMILY saya...

Tanggungjawab Suami+Ayah

Assalamualaikum..


Hari ni saya nk berkongsi sedikit tentang tanggungjawab..  As we know setiap lelaki lebih besar tanggujawabnye.. Bila dah kawen je lelaki ni menjadi ketua keluarga dan pemimpin keluarga...Dia perlu membimbing isteri dan anak- anak nya ke jalan yang benar.. Kalau sang isteri salah sang suami la yang patut tegur.. Kalau sang anak tak patuh pada perintah agama , sang ayah la yang patut menegur anak-anak nya.. Besar kan tanggungjawab tu?? Walaupun perkara tu kite taw sngt berat , tp masih ramai sang suami ini mengambil ringan.. 

Firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 34: Maksudnya: "Kaum lelaki itu adalam pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan"..

Segala perbuatan yang dilakukan oleh anak dan isteri adalah tanggungjawab sang suami/ayah melainkan jika si anak perempuannya telah berkahwin.. 


P/S: untuk dijadikan peringatan kepada DIRI saya sendiri & anak-anak serta isteri-isteri di luar sana...
janganlah kita menambahkan dosa para ayah dan suami.. :-)


Sang suami/ayah harus selalu ingt tentang perkara ni ok..? Ni ada yang nk tambah lgi satu cawangan la.. Kna fikir jgk, isteri & anak2 yang telah dianugerahkan oleh Allah itu sudahkah mengikut piawaian islam yang sebenar atau tidak..?? Adakah sudah berlandaskan garis panduan Islam yang sebenar?? Ini tidak, asyik fikir "AYAH NAK KAWIN LAGI"... 


Kadang2 memang ada yang ayahnya IMAM tapi anaknya jauh berbeza dari ayahnya (Nauzubillah).. Ada yang ayahnya xtaw la nk ckp macam mane perangai ,tp anaknya SOLEHAH.. Kalau boleh keluarga yang bahagia biarla ayahnya IMAM, isteri & anaknya SOLEHAH (Alhamdulillah)..


~Jadi pesananku buat para ayah+suami diluar sana & xlupa kepada sang kumbang.. Bimbinglah isteri & anak2 mu kejalan yang diredhai Allah..Engat!! selangkah lagi kaki ayah nak masuk syurga, tp xdapat masuk sebabnya anak2 & isteri nya masuk neraka.. Sebabnya?? Sang ayah xpenah nk ajak isteri & anak2 nya menuju jalan ke syurga bersama-samanya..

Semoga keluarga kita menjadi keluarga yang bahagia.. 
Yang diredhai Allah.. Yang dirahmati Allah.. Amiin..


Saturday, 19 May 2012

ComeyNyo0o..


kalu dapat anok gini meme keno penyek-penyek laaaa.....

YaAllah Ya Tuhan ku..


YaAllah..tabahkan hati ku.. 
kuatkn iman ku..
YaAllah, berilah ak petunjuk.. 
Sinarilah hatiku..Lapangkn dadaku
Jangan lah Kau gelapkn hatiku yaAllah...
Hanya padaMu lah tempat ak memohon..

Tunjukkan lah ak jalan yg benar..
Jalan yang Kau redhai..
Jalan menuju syurga Mu YaAllah

YaAllah..
Ini semua ujian Mu untuk menguji tahap keimanan ku..
Ak xmahu berpaling dariMu..
Berilah ak jalan & kekuatan YaAllah, YaRabb..

Amiin... (T-T)

Thursday, 10 May 2012

Apa yang perlu di ukur??

Assalamualaikum semua.. (",)

Berbicara tentang cinta..Saya nak jadi Dr. Cinta hari ni..hehehe.. Apa yang perlu kita ukur untuk memilih pasangan hidup kita? Adakah paras rupa, kekayaan, pangkat,?? Suma tu actually xpenting pon utk manjamin kebahagiaan kita kan?? Tapi xsalah untuk melihat paras rupa sbb kita kena pilih yang sedap mata memandang xde la terlalu "buruk".. Tapi biar buruk daripada memilih org yang kurang agamanya.. Kalau saya la, saya nak lelaki yang baik hati, faham diri saya, dan menerima segala kelamahan diri saya..InsyaAllah saya akan menerima segala kelemahan dirinya.. Pangkat, kekayaan xpenting.. tp jangan la terlampau miskin..macam mane nk sara hidup saya nntkan? hehehe.. saya ni pulak nye boros! Sekarang ni saya faham kenapa sy & dia xde jodoh.. Allah mahu beri sy yang lebih baik & Allah syg sy.. Sy hanya mampu berdoa, semoga Allah berikan yang terbaik.. Huh!! dah xde idea la plak nk jd DR.Cinta ni... Ok, kte stop pasal cinta yerk... (",)..
-
-
-
-
-

Berbicara tentang belajar.. Hari tu one of my friend call me and ask me to join her to further study in scotland.. Macam nak ketawa pon ad.. layak or tidak?? itu persoalannya...?? Prof Khalil call her and suh die smbung study kt scotland & suh die ajak kawan2 yang lain.. Qualification die just 2.5 above.. senang je kan? tapi klau die tngk MUET sah sy org petama xlayak!.. Tapi MUET ni tuk malaysia je, biasenya kena amek test lain utk g overc.. Jadi conclusion nye, 20hb nnt kena g UiTM & ask Prof Khalil dulu pasal sistem & biasiswa.. Bak kata abangku klau nk smbung sane kalau pinjaman xjdi.. kena biasiswa.. Tapi saya tertarik sebabnya within one year dah abes degree.. sape xnak.. tapi klau dri segi hidup sane mesti saya terkontang kanting sbb sy ni English mmg hampeh bebenor la.. Oh My English!! Ape ape pon, sy akan buat istikoroh & biar Allah tentu kan yg mane terbaik.. kalau smbung kat sini pon xkesah la.. Best jugak.. kan3? 

-
-
-
-
-
 Ok la.. saya nak berhenti disini..dah penat.. mau sambung bace novel yang baru dibeli.. Cinta si Ikan Buntal & kambing Liar.. Tajuk novel pon menyeramkan.. hahaha.. 1 hari dah abes bace She is my maid ( Tuan rumah Pembantu Rumah).. memang best la.. xde jiwang2 sangat...
ok..Good Nyte!!!!