Tuesday, 5 June 2012

Sentuhan Qalbu

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukan bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan"


Semoga saat kalian membaca coretan ini kalian berada dalam limpahan kasih sayang Allah & berada didalam RedhaNya..InsyaAllah... 

Sungguh bahagia jika Allah memberi NUR & HIDAYAH kepada kita kan? Alangkah bahagianya hidup ini.. Alangkah indah nya hidup di dunia yang sementara ini.. Saat ini kita perlu mencari cara hidup yang sebenar.. Islam bukan hanya diatas kertas tapi Islam yang sebenar-benarnya.. Kita yang dilahirkan dalam kehidupan Islam sangat beruntung tapi adakah keIslaman kita keIslaman yang sebenarnya?? Sejak kita kecil ayah & ibu sering melaungkan " kakak! Solat.. Kalau tak solat ayah rotan!.." Jadi kita pon solat, sebabya ayah yang suruh..  sebabnya nanti kna rotan.. Sepatutnya ayah harus mengajar anak dari kecil lagi.. solat bukan sbb ayah, tapi sbb Allah.. Ayah harus bgtau kita beruntung sbb Allah dah lahirkan kita dalam keluarga yang Islam.. Ayah harus sedarkan anak-anak bahawa kita perlukan Islam bukan Islam perlukan kita...

Kita menghormati orang tua kerana dia lebih banyak amal dari kita sebab dia dah hidup lebih lama dari kita.. Kita hormat para ulama' sebabnya die lebih berilmu dari kita.. Dia lebih alim dari kita... Kita hormat orang gila sebabnya orang gila ni segala perbuatannya tidak dikira oleh Allah..kerana dia sudah tidak waras lagi.. Kita hormati orang kafir sebabnya sekali dia melafazkan " Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah , dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..".. Gugur dosa-dosanya saat ini.. Orang kafir yang tadinya tidak berbau syurga tetapi sekarang dia seperti seorang anak yang baru lahir.. Bahagia bukan? 

Kita sebagai hamba Allah yang biasa ini memohon ampun siang & malam belum tentu diterima Allah.. Kita yang sering solat belum tentu Allah terima.. Saat ini kita perlu menginsafi diri kita... Adakah segala perbuatan kita mengikut apa yang disuruh oleh Allah & adakah kita sudah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah? Saat ini juga kita harus mengakui bahawa Allah yang memiliki diri kita ini.. Bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambil kita, boleh menarik balik segala kemewahan & keistimewaan yang diberi saat ini..Marilah sama-sama kita memohon ampun & bertaubat.. Bertaubat lah dengan taubat nasuha..

“Jika kamu ingin memperbaharui hubunganmu dengan Allah, maka perbaharuilah taubatmu”

Iman fitrahnya menaik dan menurun , bertambah dan berkurang, kuat dan lemah. Tetapi jika ia menurun,berkurang dan lemah maka jagalah diri dan hati agar tidak melakukan oerkara-perkara yang haram. Jauhilah diri dan hati dari perkara-perkara yang Dia haramkan. Itulah kadar iman yang paling lemah. Tidak dapat tidak kita harus kuatkan nya kembali. Merawatnya dengan segera. Iman adalah sumber utama dalam hidup kita. Tanpa ia, tiada kegembiraan, tiada kelapangan, tiada kesenangan, tiada ketenangan, tiada kekuatan dan tiada kemudahan yang kita rasai dalam hidup..

Kita adalah manusia bukan malaikat. Iman kita juga menaik dan menurun, bertambah dan berkurang. Janganlah kita putus asa dari rahmat dan keampunanNya. Andai jatuh, bangunlah kembali. Jatuh lagi, bangunlah lagi. Jatuh lagi, bangunlah lagi. Jangan pernah berhenti. Sebanyak mana kita jatuh, sebanyak itulah kita bangkit kembali. Kata abang Hilal Asyraf, “Allah tidak lihat berapa kali kamu jatuh, tetapi Dia nak lihat berapa kali kamu bangkit” 


“Daripada Anas r.a katanya: “Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah subhanahu wata’ala telah berfirman: “Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepadaKu, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku mengampuni dosamu. Wahai anak Adam! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemuiKu di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan Aku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula” 


Subhanallah, sesungguhnya keampunan dan rahmat Allah lebih besar dan luas dari kemurkaanNya. Mengapa kita masih ingin berputus asa dari rahmat dan keampunanNya. Andai dihitung semua amalan kebaikan kita, nescaya tidak mampu untuk kita menempah syurgaNya di akhirat kelak. Mengapa? Amalan-amalan yang kita lakukan (amalan soleh), semuanya dilakukan dengan menggunakan nikmat yang diberiNya. Tidak ada satu pun milik kita.

Allah mengajak kita untuk kembali kepadaNya. Disediakan seluas-luasnya keampunan dan rahmatNya untuk kita. Menyediakan sebesar-besar ganjaran buat kita. Tidak mahukah lagi kita pada apa yang Dia tawarkan itu??? Dia tidak sama dengan makhluk-makhlukNya. Dia berbeza amat dengan ciptaanNya. Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Rebutlah keampunanNya selagi masih diberi peluang. Selagi nyawa dipanjangkan.

Ayuh kita perbaharui hubungan kita dengan Allah. Mulakan dengan taubat. Dengan taubat yang sebenar-benarnya. Selagi masih ada kehidupan, selagi itu kita mesti terus berusaha. Kehidupan adalah peluang untuk kita berusaha. Peluang yang diberikan untuk menjernihkan kembali hubungan denganNya, menambah bekalan dalam perjalanan menujuNya