Tuesday, 16 March 2010
MeMbAwA KeBeNaRaN iTu MeMaNg PaYaH..~
Membawa kebenaran itu memang payah Namun...
hati itu telah menjadi milik Allah Maka tiada lagi kegundahan jiwa.
Bukan mudah...
Yang penting walau apa pun persepsi manusia Selagi Al-Quran dan As-Sunnah menjadi benteng kehidupan, Juga...
Solat lima waktu ditegakkan dengan penuh kehambaan Pasti...
Pasti akan Allah s.w.t. tunjukkan jalan. Ambillah insan...
Pengalaman hidup yang dilalui sebagai pengajaran Namun...
Kesedaran yang Allah ilhamkan Mampu menggoncangkan hati dan iman Sungguh...
Bukan mata yang buta tapi hati di dada Beruzlahlah kelak kan kau temui hikmah Bersabarlah sesungguhnya itu adalah tarbiyah Allah Bersihkanlah....
Segala persepsi yang membelenggu dirimu Aku hanya berpesan Untuk sama seiring sejalan menuju Tuhan Yakinlah...
Sungguh Allah itu dekat Mengapa tidak kau rasainya Apakah manusia telah lupa? Setelah ia merasakan kecukupan dalam kehidupan Ia sombong pada Tuhan...
Ia lupa...
Siapa yang membukakan matanya selama ini? Siapa yang memberikan rezekinya selama ini? Siapa? Kalau bukan Tuhan...
Tapi kenapa manusia lupa...
"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia (yang bertakwa) kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan (kebaikannya). Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Mahat Teliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan." (An-Nisa,4:135) "Dan inilah jalan Tuhanmu yang lurus. Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang menerima peringatan." (Al-An'am,6:126)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ukhwah yang terbina persisi untaian tasbih,ada awal tiada penghujung.dibuat untuk mengingatinye,dicantum kerana cintanye.diratib semata2 kerana redhanye,semiga ia bepanjangn,asas ibadat adalah niat asas kemsraan adalahsenyuman,asas keakraban adalah keserasian,asas persahabatan adalah keikhlasan,dan asas kehidupan adalah perjuangn..allah akan mengingati kita jika kite mengingatinye..insyaallah allah akan menganugerahkan seorang teman hidup mu didunia yang akan membawa mu kesyurganya..insyaallah..amin yarabbal alamin..:)
ReplyDelete