Saturday 22 January 2011

Resepi TRIFLE & CAREMAL

Semalam ade org mintak resepi trifle.. Katanya nk try mkn trifle yg dibuat sendiri.. so, I taruk la resepi ni kt cni,if die nk amek la.. Hari ni dh nk balik hostel xtaw bile plak dpt update dis blog..

for MR. NN:Selamat mencuba!
p/s: kalau buat kna hantar kt saya taw.. :-)


bahan-bahan:
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar gula/susu pekat
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 1 mangkuk air untuk dicampur bersama kastard
  • 1/2 kek gulung yg sederhana (any cake je & perisa ap je,nk sedap kek coklat)
  • 1 tin coktail(buahan campur) p/s:asingkan air & buah
  • 1 paket agar-agar NONA(klau blh wt agar2 sendiri tuk kaler putih, klau xdpt yg segera mcm NONA pn ok..

cara-cara:

  • masukkan susu cair bersama gula.perlahankan api
  • bancuhkan kastard dengan air sejuk, kemudian masuk kan ke dalam campuran susu dan gula. kacau hingga kastard menjadi pekat. tutup api dapur.
  • susunkan kek gulung/sebarang jenis kek ke dalam bekas. jarak2 kan sedikit antara kek dengan kek. kemudian basahkan sedikit kek tersebut dngn air coktail
  • kemudian msukkan kastard yg siap dimasak kedalam bekas yg telah disusun dengan kek.
  • taburkan buahan campuran diatas kastard
  • kemudian masakkan agar-agar . masukkan ke dalam bekas untuk dijadikan lapisan ketiga & pastikan buahan2 tadi ditutupi oleh agar-agar.














GAMBAR HIASAN SEMTA-MATA
*puding trifle blh dibuat ekut crativity masing2..
(resepi diats xsemestinya jd mcm gmbr diatas..)
PUDING CAREMAL BERLPIS


Bahan:-


(A)
1 tin susu cair
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu - guna madu

Cara Membuat:-

Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci. Masukkan 1/2 cawan (*saya letak 3/4 cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.


*** Buat hanya separuh adunan,guna semua bahan A sahaja dan 1 sb madu dan bahagi 2
- 1/2 campur 1 sk vanila
- 1/2 campur 1 sk emulco tapis dan kukus dlm loyang kecil berselang-seli.

SELAMAT MENCUBA.....

No comments:

Post a Comment